Wednesday, April 07, 2010

Hari Lahir atau Hari Mati

Bermacam-macam sambutan yang diraikan dalam negara kita. Antaranya ialah Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih, Hari Gurulah…… dan segala macam hari lagi. Misalnya yang paling popular, rata-rata orang menyambut hari lahir atau hari jadi atau ‘birthday’. Kenapa harus ada hari tertentu nak ingat sesuatu perkara tu. Lebih baik kita mengingati sesuatu itu setiap hari, lagi bagus. Semua maklum sambutan itu bukan budaya Melayu lebih-lebih lagi Islam. Dalam Islam cuma dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban (Haji).


Kenapa ramai orang mesti ingat hari lahir bukan sebaliknya. Pada saya yang lalu tu biarlah berlalu marilah kita menghadapi yang pasti datang. Kenapa tidak kita ingat pada hari mati. Apa! Takut sebut pasal mati. Yang hairannya ada orang yang sanggup bersusah payah buat sambutan untuk orang lain sedangkan empunya diri buat ‘dono’ selamba tak kisah aje. Orang tua yang bak ‘rumah kata pergi kubur kata mari’ pun sibuk nak raikan hari jadi juga. Lagi teruk kita buat sambutan hari lahir untuk orang yang dah takde kat dunia ni.

“Ya la! Kita sayang kat dia kita buatlah ‘besday’ bagi orang makan, apa salah?”

Memang salah, bukan bab bagi makan tapi sebab sambutan tu Nabi tak buat dan tak suruh buat.

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). Al-Baqarah 2-28

Sefaham saya Rasullullah suruh kita mengingati mati bukan hari kita terpancul ke dunia ni. Kalau bab mati saya setuju dan sokong sangat. Apa kata kita biasakan pergi kubur pada tengah malam bagi mengingati perjalanan hidup kita ini. Menginsafi dan muhasabah diri terhadap segala apa yang telah kita lakukan. Kubur sapa-sapa pun boleh tak semesti kubur keluarga. Tapi jangan pergi siram air, baca al-Quran dan tabur bunga lepas tu cabut.


Kita sibuk buat banyak benda yang Nabi tak suruh dengan meninggalkan banyak perkara yang Islam dianjurkan. Lepas tu dakwa perkara tu satu penambahan yang baik. Amat malang dan berdosa besar memfitnah apa yang Nabi bawa tak berapa sempurna lagi.

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Al-Jaathiyah 45-18

Kalau ada orang nak buat, silakan itu masing-masing punya hak. Tapi saya memang tak ‘support’ benda ni. Malah keluarga pun saya beritahu jangan buat benda yang tak dianjurkan Islam ni. Setiap yang Nabi buat, kita ikut dapat pahala tapi buat sesuatu yang Nabi tak buat dan tak suruh…… lu pikirlah sendiri. Senang cerita nak buat apa-apa terutama dalam bentuk ibadah tiru Nabi kalau tak nak ikut tepuk dada tanya iman.

Oh ya…..‘besday’ saya 20 Rabiulawal, cuma bagitau. Tak sambut pun, hanya dalam ingatan aje.