Friday, June 11, 2010

FB lwn MillatFB

Kali ni saya nak cerita pasal Millat Facebook. Program ni buat oleh pakar Pakistan seperti semua sedia maklum. Saya belum tutup FB tapi dah agak kurang melayarinya sejak FB benarkan penggunanya "menconteng" nama junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW.

Cuma sekali sekala saya masuk FB nak tengok apa berita yang masuk. Tapi baru2 ni saya ada uploadkan gambar mempromosi saya kepada rakan2 tentang MillatFB ni. Saya rasa pengguna Islam dalam FB patut daftar dalam MFB buat sokongan untuk permulaannya. Tak aktif pun takpa cuma sokongan dan dokongan kita perlukan.

Terhenti jap.....

Nampaknya tak dapat juga menunaikan niat saya unutk berterusan mencoret sesuatu dalam blog ni. Sibuk tak sibuk, ya lah bila rasa malas dah hinggap dalam diri nak buat apa kerja pun tertangguh. Saya kena mulakan balik, tingkatkan kemahuan, kerajinan.......


Jadi hari ni nak mula.... mesti kena mula.....

Mula...mula.....

Wednesday, April 07, 2010

Hari Lahir atau Hari Mati

Bermacam-macam sambutan yang diraikan dalam negara kita. Antaranya ialah Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih, Hari Gurulah…… dan segala macam hari lagi. Misalnya yang paling popular, rata-rata orang menyambut hari lahir atau hari jadi atau ‘birthday’. Kenapa harus ada hari tertentu nak ingat sesuatu perkara tu. Lebih baik kita mengingati sesuatu itu setiap hari, lagi bagus. Semua maklum sambutan itu bukan budaya Melayu lebih-lebih lagi Islam. Dalam Islam cuma dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban (Haji).


Kenapa ramai orang mesti ingat hari lahir bukan sebaliknya. Pada saya yang lalu tu biarlah berlalu marilah kita menghadapi yang pasti datang. Kenapa tidak kita ingat pada hari mati. Apa! Takut sebut pasal mati. Yang hairannya ada orang yang sanggup bersusah payah buat sambutan untuk orang lain sedangkan empunya diri buat ‘dono’ selamba tak kisah aje. Orang tua yang bak ‘rumah kata pergi kubur kata mari’ pun sibuk nak raikan hari jadi juga. Lagi teruk kita buat sambutan hari lahir untuk orang yang dah takde kat dunia ni.

“Ya la! Kita sayang kat dia kita buatlah ‘besday’ bagi orang makan, apa salah?”

Memang salah, bukan bab bagi makan tapi sebab sambutan tu Nabi tak buat dan tak suruh buat.

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). Al-Baqarah 2-28

Sefaham saya Rasullullah suruh kita mengingati mati bukan hari kita terpancul ke dunia ni. Kalau bab mati saya setuju dan sokong sangat. Apa kata kita biasakan pergi kubur pada tengah malam bagi mengingati perjalanan hidup kita ini. Menginsafi dan muhasabah diri terhadap segala apa yang telah kita lakukan. Kubur sapa-sapa pun boleh tak semesti kubur keluarga. Tapi jangan pergi siram air, baca al-Quran dan tabur bunga lepas tu cabut.


Kita sibuk buat banyak benda yang Nabi tak suruh dengan meninggalkan banyak perkara yang Islam dianjurkan. Lepas tu dakwa perkara tu satu penambahan yang baik. Amat malang dan berdosa besar memfitnah apa yang Nabi bawa tak berapa sempurna lagi.

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Al-Jaathiyah 45-18

Kalau ada orang nak buat, silakan itu masing-masing punya hak. Tapi saya memang tak ‘support’ benda ni. Malah keluarga pun saya beritahu jangan buat benda yang tak dianjurkan Islam ni. Setiap yang Nabi buat, kita ikut dapat pahala tapi buat sesuatu yang Nabi tak buat dan tak suruh…… lu pikirlah sendiri. Senang cerita nak buat apa-apa terutama dalam bentuk ibadah tiru Nabi kalau tak nak ikut tepuk dada tanya iman.

Oh ya…..‘besday’ saya 20 Rabiulawal, cuma bagitau. Tak sambut pun, hanya dalam ingatan aje.

Sunday, March 28, 2010

Demo Bantah Sweden

HIMPUNAN MEMBANTAH
karikatur hina Nabi Muhammad s.a.w. oleh
akhbar Sweden &
keganasan terbaru Zionis Israel
terhadap penduduk Gaza

26 Mac 2010
Lepas solat Jumaat
Masjid Tabung Haji berarak ke
kedutaan Sweden di
Wisma Angkasa Raya
Jalan Ampang

Anjuran
Dewan Pemuda PAS Pusat

Wednesday, March 03, 2010

Sukan Sekolah

Kejohanan Olahraga Tahunan
sekolah kali ke-3

SMA DAERAH BATANG PADANG
(SABK)

24 Feb. 2010 (Rabu)

yang terlibat : anak, anak saudara & anak kawan

Bercakap Dengan Tuhan

Sekumpulan budak-budak kecil berkerumun di sebatang jalan raya. Mereka mengekori seorang lelaki selekeh sambil membaling-balingnya dengan batu sehingga mukanya lebam-lebam dan berdarah. Kepala lelaki itu juga luka dan berdarah. Asy-Syibli yang kebetulan lalu di jalan itu melihat kejadian yang meyedihkan itu dan berusaha untuk menghalangnya.
“Janganlah buat macam itu, kasihanilah ia!” kata Asyibli.
“Biarlah syeikh. Kami akan membunuhnya,” kata anak-anak itu membantah tindakan Asyibli.
“Kenapa kamu hendak membunuh orang yang tidak bersalah?” tanya Asy-Syibli.
“Dia telah kafir.”
“Ah, sedap saja kalian menuduh orang kafir, apa buktinya?” kata Asy-Syibli lagi.
“Ia mendakwa melihat Tuhan dan bercakap dangan-Nya,” jawab mereka sambil terus memukul lelaki yang tidak bersalah.
Melihat budak-budak itu terus memukuli mangsanya, Asy-Syibli berusaha melerai dan mendekati si lelaki yang tidak berdaya itu.
“Cuba berhenti sekejap, aku ingin bercakap dengannya terlebih dahulu,” pinta Asy-Syibli.Budak-budak itu berhenti dan memberikan laluan kepada Asy-Syibli menghampiri si lelaki.
Ternyata lelaki itu memang bercakap seorang-seorang dan tertawa sendiri. Mengetahui Asyibli ada di sampingnya, ia berkata: “Patutkah engkau membiarkan budak-budak itu mengerjakanku?”
“Hai saudara, mereka menyalahkan anda dan mengatakan sesuatu tentang diri anda,” kata Asy-Syibli.
“Apa kata mereka tentang diriku?”
“Mereka mengatakan engkau telah kafir.”
“Nauzu billah, apa alasan mereka sampai berani menuduhku sampai sedahsyat itu?”
“Kerana kata mereka, engkau mendakwa melihat dan bercakap dengan Tuhan.”


Mendengar keterangan itu, ia berteriak sekuat-kuatnya kemudian berkata: “Wahai Syibli! Memang benar! Dialah Tuhan yang sangat kucintai, fikiranku sentiasa ingin dekat dengan-Nya. Sekiranya terhijap sekejap saja, antaraku dan Dia, nescaya aku jadi binasa kerana tidak kuat menanggung penderitaan akibat perpisahan itu.”

Lepas berkata demikian ia pergi sambil berkata: “Keindahan-Mu di pelupuk mataku, sebutan-Mu melekat di bibirku, rasa cinta kepada-Mu termeteri di hati. Maka aku tetap bersama-Mu.”


(Pengalaman Asy-Syibli Radiallahu anhum)

Tuesday, February 23, 2010

Budak Dalam Bilik

Ini kisah tentang seorang budak(?) berumur 13 tahun. Semasa kecil dia ni ada masalah skit. Dari tadika hingga sekolah rendah dia memang tak boleh berada dalam bilik darjah. Maksudnya dia tak bersekolah hingga sekarang. Ada saja masalah yang ditimbulkan. Dari mula nak pergi hinggalah sampai ke sekolah.

Saya tak banyak abiskan masa dengan dia tapi tau keadaan dirinya. Kini dia berada tidak jauh dari hidup saya sendiri. Dunianya kini hanya sebuah bilik kecil, hidupnya berkisar antara sebuah peti TV dengan permainan PS. Sesekali PC atau laptop. Setelah tidak mahu bersekolah budak ini dibekalkan dan didedahkan dengan permainan PC dan PS2 hingglah ke hari ini.   

Keluarga cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut beberapa kali pada permulaan dahulu. Tetapi apabila dia menunjukkan perangai yang sukar untuk ditangani mereka terpaksa membiarkan saja. Tindakan membiarkan perkara ni berlanjutan dengan anggapan untuk kebaikan adalah salah pada pendapat saya. Mereka fikir telah bertindak secara waras dengan mengikut segala kemahuannya. Pada saya dia bukan saja tidak diberi pertolongan tetapi telah diabaikan dan “dirosakkan” sama sekali.

Menyorot kembali kisah masa kecilnya. Mungkin kerana kematian bapa semasa masih kecil dia telah diberi perhatian (manja) yang berlebihan. Menyusu melebihi had umur sehingga sekitar 4 tahun lebih. Saya rasa ini bukan membantu pertumbuhan tetapi telah merencatkan mindanya.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…..” (Al-Baqarah - 233)

Saya tak faham mengapa sampai sekarang dia masih dibiarkan tidur bawah ketiak (bersama) maknya. Mungkin kita boleh kata dia sakit tetapi kitalah yang telah menambahkan penyakit tersebut. Saya bimbang bukan saja mental malah fizikalnya juga boleh terjejas dengan keadaannya begitu. Asyik terperap dalam bilik dan sekitar rumah sahaja. Aktivitinya cuma main, tidur malah makan pun dalam bilik. Tapi yang hairannya macam sakit tapi ‘games’ boleh main, ‘terror’ lak tu.


Apa yang saya nampak inilah dia mahu sebenarnya. Dia mahu orang menurut kemahuannya. Kalau tidak habislah semua diamuknya. Pernah satu ketika saya menyaksikan peristiwa. Nafasnya mengeruh dada berombak turun dan naik. Seolah-olah nyawa berada dihujung tengkorok. Kakinya menendang-nendang, terjerit-jerit seperti kerasukkan. Saya tidak samada ianya benar atau sekadar helah. Datanglah si ibu dan kakak memujuk sambil menangis sedih melihat keadaannya.

Macam ‘baby’ lapar nak susu. Meraung menangis dengan teriakan yang kuat. Ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya. Seorang ibu akan cuba memujuk dan sedaya upaya menenangkan anaknya. Berusaha dengan apa cara sekalipun. Apabila telah reda dan mendapat apa yang dihajati maka pulihlah dia. Suka ria gelak ketawa menyambung kembali aktivitinya – main games PC atau PS2.

Apa yang saya nak tekankan disini ialah bukan masalah tak nak sekolah tapi yang beratnya solat pun tak buat apatah lagi mengaji. Ada desakan dari keluarga tapi mungkin tidak begitu kuat. Sememangnya perkara ni kena paksa. Biar dia menangis masa kecil jangan kita yang menangis bila dia besar nanti. Saya tidak gemarkan keadaan ini berlaku. Tapi apakan daya, saya cuma ‘orang luar’. Kalau cakap banyak orang kata macam tak suka pula.

Nabi perintahkan kepada ibu-bapa supaya menyuruh anak melakukan solat dan perkara berkaitan dengan agama apabila berumur 7 tahun. Pada ketika ini hanya disuruh bukan dipaksa kerana ini hanyalah latihan. Apabila sampai umur 10 tahun hendaklah dipukul sekiranya meninggalkan perkara agama khususnya solat. Pukul tidak menyakitkan, pukul untuk pengajaran supaya mereka takut untuk meninggalkan perkara yang wajib dan takut untuk melakukan perkara yang haram.

Solat adalah tiang agama. Kalau kita tidak suruh maknanya kita telah membantu merobohkan agama. Saya masa dulu pun kena paksa. Alhamdulillah berkat atas paksaan orang tua terutama ibu yang banyak berleter sepanjang masa. 

Seorang guru besar di satu seminar baru-baru ini berkata, “Games is nothing……without knowledge.” Ya! Ilmu pengetahuan memang penting tapi kalau tak solat, apa-apa pun kita buat tak berguna langsung.

“Ya ALlah Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya. Hanya Kau Maha Sempurna dan Maha Berkuasa atas segalanya. Ya ALlah! Kau ampunilah kami yang leka dari memberi bimbingan serta membiarkan hambaMu ke jalan kesesatan. Kami takut akan balasanMu ya ALlah tambahan pula dia akan mendakwa kami di akhirat nanti. Sesungguhnya kami tidak sanggup menerima hukumanMu atas kelalaian kami. Ya ALlah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Memperkenankan doa. Kau ampunilah dosa-dosa kami. Amin! Amin Ya Rabal a'lamin.”