Tuesday, February 23, 2010

Budak Dalam Bilik

Ini kisah tentang seorang budak(?) berumur 13 tahun. Semasa kecil dia ni ada masalah skit. Dari tadika hingga sekolah rendah dia memang tak boleh berada dalam bilik darjah. Maksudnya dia tak bersekolah hingga sekarang. Ada saja masalah yang ditimbulkan. Dari mula nak pergi hinggalah sampai ke sekolah.

Saya tak banyak abiskan masa dengan dia tapi tau keadaan dirinya. Kini dia berada tidak jauh dari hidup saya sendiri. Dunianya kini hanya sebuah bilik kecil, hidupnya berkisar antara sebuah peti TV dengan permainan PS. Sesekali PC atau laptop. Setelah tidak mahu bersekolah budak ini dibekalkan dan didedahkan dengan permainan PC dan PS2 hingglah ke hari ini.   

Keluarga cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut beberapa kali pada permulaan dahulu. Tetapi apabila dia menunjukkan perangai yang sukar untuk ditangani mereka terpaksa membiarkan saja. Tindakan membiarkan perkara ni berlanjutan dengan anggapan untuk kebaikan adalah salah pada pendapat saya. Mereka fikir telah bertindak secara waras dengan mengikut segala kemahuannya. Pada saya dia bukan saja tidak diberi pertolongan tetapi telah diabaikan dan “dirosakkan” sama sekali.

Menyorot kembali kisah masa kecilnya. Mungkin kerana kematian bapa semasa masih kecil dia telah diberi perhatian (manja) yang berlebihan. Menyusu melebihi had umur sehingga sekitar 4 tahun lebih. Saya rasa ini bukan membantu pertumbuhan tetapi telah merencatkan mindanya.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…..” (Al-Baqarah - 233)

Saya tak faham mengapa sampai sekarang dia masih dibiarkan tidur bawah ketiak (bersama) maknya. Mungkin kita boleh kata dia sakit tetapi kitalah yang telah menambahkan penyakit tersebut. Saya bimbang bukan saja mental malah fizikalnya juga boleh terjejas dengan keadaannya begitu. Asyik terperap dalam bilik dan sekitar rumah sahaja. Aktivitinya cuma main, tidur malah makan pun dalam bilik. Tapi yang hairannya macam sakit tapi ‘games’ boleh main, ‘terror’ lak tu.


Apa yang saya nampak inilah dia mahu sebenarnya. Dia mahu orang menurut kemahuannya. Kalau tidak habislah semua diamuknya. Pernah satu ketika saya menyaksikan peristiwa. Nafasnya mengeruh dada berombak turun dan naik. Seolah-olah nyawa berada dihujung tengkorok. Kakinya menendang-nendang, terjerit-jerit seperti kerasukkan. Saya tidak samada ianya benar atau sekadar helah. Datanglah si ibu dan kakak memujuk sambil menangis sedih melihat keadaannya.

Macam ‘baby’ lapar nak susu. Meraung menangis dengan teriakan yang kuat. Ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya. Seorang ibu akan cuba memujuk dan sedaya upaya menenangkan anaknya. Berusaha dengan apa cara sekalipun. Apabila telah reda dan mendapat apa yang dihajati maka pulihlah dia. Suka ria gelak ketawa menyambung kembali aktivitinya – main games PC atau PS2.

Apa yang saya nak tekankan disini ialah bukan masalah tak nak sekolah tapi yang beratnya solat pun tak buat apatah lagi mengaji. Ada desakan dari keluarga tapi mungkin tidak begitu kuat. Sememangnya perkara ni kena paksa. Biar dia menangis masa kecil jangan kita yang menangis bila dia besar nanti. Saya tidak gemarkan keadaan ini berlaku. Tapi apakan daya, saya cuma ‘orang luar’. Kalau cakap banyak orang kata macam tak suka pula.

Nabi perintahkan kepada ibu-bapa supaya menyuruh anak melakukan solat dan perkara berkaitan dengan agama apabila berumur 7 tahun. Pada ketika ini hanya disuruh bukan dipaksa kerana ini hanyalah latihan. Apabila sampai umur 10 tahun hendaklah dipukul sekiranya meninggalkan perkara agama khususnya solat. Pukul tidak menyakitkan, pukul untuk pengajaran supaya mereka takut untuk meninggalkan perkara yang wajib dan takut untuk melakukan perkara yang haram.

Solat adalah tiang agama. Kalau kita tidak suruh maknanya kita telah membantu merobohkan agama. Saya masa dulu pun kena paksa. Alhamdulillah berkat atas paksaan orang tua terutama ibu yang banyak berleter sepanjang masa. 

Seorang guru besar di satu seminar baru-baru ini berkata, “Games is nothing……without knowledge.” Ya! Ilmu pengetahuan memang penting tapi kalau tak solat, apa-apa pun kita buat tak berguna langsung.

“Ya ALlah Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya. Hanya Kau Maha Sempurna dan Maha Berkuasa atas segalanya. Ya ALlah! Kau ampunilah kami yang leka dari memberi bimbingan serta membiarkan hambaMu ke jalan kesesatan. Kami takut akan balasanMu ya ALlah tambahan pula dia akan mendakwa kami di akhirat nanti. Sesungguhnya kami tidak sanggup menerima hukumanMu atas kelalaian kami. Ya ALlah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Memperkenankan doa. Kau ampunilah dosa-dosa kami. Amin! Amin Ya Rabal a'lamin.”

No comments:

Post a Comment