Wednesday, February 10, 2010

Tebu Di Bibir

Menanam tebu di tepi bibir. Kata-kata manis dan baik-baik di mulut aje kat hati lain. Bercakap dan merayu ayat ‘power’. Tujuan berbagai bergantung kepada niat masing-masing. Salah satunya agar kita dapat mengikut segala kemahuan atau arahan yang dikehendaki. Secara langsung atau tidak, nak menggunakan ‘nama’ kita pada perkara-perkara tertentu. Bukan kata nak mempergunakan kita cuma mungkin guna dengan secara tak sengaja.

Orang yang berjanji mudah memberi kata-kata yang boleh mencairkan dan menghanyutkan. Janji-janji ni mungkin dalam pelbagai bentuk, imbuhan misalnya. Katanya nak bagi rumah la…..kereta la…..duit itu gaji ini. Projek banyak masuk la katakan. Memang pada niat asalnya baik, nak tolong kita kononnya. Tapi disebabkan satu halangan atau kekangan jadi tidaklah dapat ditunaikan janji yang tinggi melangit tu. Orang tu tak dapat mengkotakannya.

Pada yang menerima janji pula janganlah cepat terima bulat-bulat. Ambil masa untuk timbangkan sebarang tawaran dalam berbagai aspek. Orang berjanji ni selalunya tidak menceritakan perihal yang sebenar. Sungguh berahsia. Banyak ‘konar-konar’ atau pusing-pusing. Teliti dulu, semak kalau terima pun dengan hati yang penuh was-was. Walaupun dengan kawan atau orang yang dikenali tidak salah untuk merasa syak wasangka. Ambil sikap berhati-hati. Salah silap siapa yang merana? Diri sendiri dan keluarga kita juga. Kadang kala orang lain pun terbabit sama dengan masalah yang kita cipta sendiri.

Jangan sampai dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Ok lah! Saya nak gi umah kawan yang janji nak bagi syer skit projek juta-juta tu.




Alamak! Tidor le pulak tengah hari rembang ni.





No comments:

Post a Comment